Assalamualaikum and hye
semua :)
Harini
saya 'agak' rajin untuk memberi tips kepada readers yang teringin memiliki blog
yang cantik dan kemas. It means visitors suka je datang blog kita, and saya
rasa post saya kalini mungkin membantu para bloggers baru yang baru nak
berjinak-jinak dalam dunia blog ni. Cewahhh ayat kau, 'berjinak-jinak'. Hahaha
Okay,
saya tahu mungkin ada haters yang baca post ni cakap " eleyhh
macam lah blog kau ni cantik sangat nak bagi tips kat orang kan ".
Helllloooooo, ada aku kesah? Haha takde lah, saya mengaku, blog saya ni takde
lah cantik mana pun, and takde lah power macam certain - certain blog tu kan,
tapi syukur juga lah, buat masa ni masih ada juga yang tanya saya " bila
nak update blog? " "suka lah baca blog awak, nanti post lah
selalu " " sweetlah cerita awak "
" comel lah blog awak, tenang je, kemas je " "macam
mana ek awak buat blog cool macam tu? " " sedaplah
lagu-lagu kat blog awak " . Okay, ini semua bukan saya yang cakap
atau reka-reka cerita tau ! Iye, bukan ! Hehe alhamdulillah, ada juga orang
yang sudi puji blog yang tak seberapa ni kan, syukur :) Bukan apa, blog ni bagi
saya, sebagai satu wadah untuk saya kongsi semua, and for me, this is my online
diary lah. Pehhhh "wadah'' kau!! haha dulu masa belajar tak nak pulak guna
wadah wadah bagai ni, hihihi
Okay
lets talk bout this entry ea, eyhh jap jap !!! Ada juga tau yang jadi anonymous
saya ni, huhu kalau ada yang perasan lah kan, ade banyak juga lah, i mean dalam
2 or 3 komen post2 lepas yang asyik duk nak menghentam gua je. Pehhh ayat
gangster !! haha Kiranya macam haters lah, huhu tak kesah pun lah, kau nak hate
aku ke, nak hentam aku ke, janji aku tak kacau hidup kau and aku takkan layan
orang macam kau. Orang cakap, " manusia yang tak suka dekat kita tu
biasanya sebab dia jeles dengan kita " kan ? and lagi satu, " makin
ramai orang suka kat kita, makin ramai jugalah yang benci dekat kita ".
Haa camtu lah bunyinya nak oii. So, just live our life, ignorance kepada haters
tu kenalah tinggi okay, and orang yang suka cari pasal ni, bila kita tak layan,
dia akan malu sendiri and dia akan senyap sendiri nanti. So biar je okay, ini
kawasan saya, tempat saya, blog saya, haters tok sah sibuk2, kalau tak suka tak
payah baca ! :D
Hahhh
dah menyimpang pulak ceritanya ni nakkkk :D haha okay2, jom kita tengok tips-tips
yang mungkin berguna ni ea, khas untuk semua :)
Dari
segi WARNA :
Okay,
dari segi warna ni kan, pada saya, warna ni sangat penting dan sangat memainkan
peranan yang kuat tau. Sebab? Okay, you all bayangkan kalau you all pergi dekat
blog yang warna dia ala-ala shining-shining, kilau-kilau macam M Daud Kilau tu,
haha warna-warna terang lah i mean kan, haaaa tak ke juling mata you olllsss ni
nak baca. Post dia pulak guna tulisan lucida handwriting ke, or tulisan yang
bersambung-sambung tu, haha takpun tulisan kejap kecik kejap besar, haaa tak ke
terbeliak mata hitam u ollssss nak baca. maybe bagi blogger tu dia nak cantik
and meriah ala-ala princess dan warna-warni di aidilfitri kan, haha tapi tak
sesuaii you olllsss !! K, kalau saya lah kan, honestly, saya lebih suka
warna-warna yang lembut, macam pink ke, *ehem-ehem*, hehe warna putih ke, warna
cream ke, biru lembut ke, hijau ke, kan.. haa kan rasa macam tenang je kan :)
Takpun, kalau nak warna yang lebih menarik, macam hitam ke, tu kita kena pandai
combinekan warna dia cam purple hitam ke, pink hitam ke, biru hitam ke, hitam
putih ke, merah ke. Kan? mesty smartkan? Hee biasanya lelaki lah yang
warna-warna macam tu, macam blog abang aizul tu kan :) So ingat, pilihlah warna
yang bersesuaian tau !
LAGU :
Okay,
lagu pulak kan, pada saya, blog yang takde lagu tu lagi tenang dan
menyenangkan, hehe tahu tak kenapa? Sebab okay, sebab kalau lah kita ni dah
pergi kat satu blog then at the same time, kita pergi jugak new tab then buka
blog lain, then dua" blog tu ada lagu, tak ke rasa serabut macam sabut
kelapa tu? haha kan? tak pun, kalau nak sangat ada lagu kan, pilihlah lagu-lagu
yang tenang, yang tak mengganggu readers nak baca post kita tu, hehe it depends
on your post lah. Takkan lah post pasal kematian saudara or perpisahan, then u
taruk lagu enjit-enjit semut sape sakit naik atas tu, haaa memang nak kena
gelak jela, takpun nak kena comment dengan haters u ollls yang mulut busyyyukkk
tak gosok gigi tu kan ? So lagu pun turut memainkan peranan tau ! Saya lebih
suka pilih lagu yang sentimental and slow je, tenang hati mak nak oii, haha
TULISAN :
Alright
, tulisan pun sangat penting tau u ollsss, you ollss bayangkan u ollss guna
tulisan yang bersambung sambung tu, then kejap kecik kejap besar, haaa mau
tergolek-golek mata si readers nak baca blog kita kan, kihkih, kesian, pleaseee
people, dont be so cruel okay. haha So pilihlah tulisan yang jelas dibaca dan
mudah untuk dibaca, tok sah lah guna tulisan yang pelik-pelik tu kan, haa lagi
satu, cara penulisan kita tu, janganlah guna short form sangat, sampai susah
nak difaham, takpun u ollss tulis tegaaaaakkkkkk je macam pembaris. takde pun
"haha" "hihi" "huhu" "hoho" dan
lain-lain perisa dan pewarna yang dibenarkan. haha kalau saya, saya ni memang
suka gelak, so thats why korang akan nampak pelbagai gelak tawa riang ria
dihari raya dekat entry2 saya tau, hehe tengok tu ketawa lagi.. haha see ada
lagi gelak...kahkahkah, hamboiii over nampak ? heeeeee :P
PENYUSUNAN GADGET :
Okay,
maybe ada yang tak tahu gadget tu apa kan? Widget tahu? Tak tahu jugak? Okay,
sidebar tahu? Emmm? Tak tahu jugak? Hahaha takpe2, jangan malu, jangan segan,
dulu-dulu before memiliki blog yang tersayang ni pun saya tak tahu kebende
alahnye semua tu. haha so now i nak terangkan dekat u olllss widget a.k.a
gadget yang terletak di sidebar tu sebenarnya adalah bende2 alah tambahan yang
dekat tepi tu. Jumpe tak? Tak jumpe? Okay, sila alihkan biji mata anda ke
sebelah kanan, and stop !!!!! Nampak tak kat tepi tu ada jam lah, ada wishlist
lah, ada gambar saya, ada chatbox, haaaa itulah dia gadget2 saya ^^, Hehe so
mengikut tuan punya blog yang memiliki perwatakan "simple" ni, saya
takde lah letak macam-macam sangat, takde pun letak iklan-iklan yang bergerak2,
tulisan gerak-gerak tu ada satu je, hehe so kalau u ollss nak tahu, bende tu
pun akan mempengaruhi kekemasan blog kita tau. so ta perlu letak banyak-banyak
sangat pun takpe, just be simple je okay :) Lagi satu, kan ada tulisan yang mengelilingi
cursor tu kan, bila kita jalankan cursor, dia pun melayanag-layang macam kena
tiup angin, haaaa !! saya paling tak suka bende alah tu !!!! serabut okay,
serabut !!! baik takde dari ada, nanti kita pening.. tapi it depends on you lah
kalau rasa nak letak, letak lah, okay :)
SNOW EFFECT :
Okay,
kan orang ramai guna snow effect kan? Ala yang ada bende jatuh2 tu :) Saya
lebih suka snow yang kecik-kecik tu, dari yang ada bentuk2 tu, macam daun ke,
bola-bola api ke, bear2 ke, love2 ke, haaa tak mau lah ea letak bende tu, nanti
sakit mata tau nak tengok. And snow tu pun kalau boleh pilihlah warna yang
sesuai okay :)
SUSUN ATUR :
Okay,
susun atur ni maksudnya layout u olls and semua lah yang ada dekat blog u
ollsss tu k. Layout tu kalau boleh, tak perlu ada dua sidebar kat kiri dan
kanan, and ada yang pilih kiri kanan atas bawah,, huhu seriously, SERABUT. So
untuk memudahkan, pilihlah dua layout je tau, i mean satu layout untuk sidebar
(yang kat tepi tu) and satu lagi layout untuk post u olllss ni lah k. Kan
simple kan ? :) And, kalau boleh, dekat blog korang tu tak perlu lah ada effect
banyak sangat, maksudnya sini gerak, sana gerak, sini hilang, sana muncul, haaa
pening kang, haha so cara susun widget tu pun, kena lah kemas-kemas tau. Oneimportant thing,
" blog melambangkan diri pemilik blog tu,
kalau blog dia kemas dan teratur, in shaa Allah orangnya pun mesti kemas
je ". Ini fakta tau, ramai dah yang cakap
macam tu, and bukti pun dah banyak, hehe
BACKGROUND :
Okay,
background pun penting juga tau. Bayangkan background yang coraknya ada animasi
dan bermacam-macam gambar, haaa kan macam tak menarik tu kan, biasanya yang
kita suka adalah bila corak tu abstrak dan simple je, tak perlu pelbagai
bentuk, tak perlu warna yang menyakitkan mata, tak perlu pelbagai gambar dan
animasi yang boleh buat orang nak termuntah bila tengok ! Huhu so be creative
people :) and selamat mencuba
No comments:
Post a Comment